Monday, March 21, 2011

KULIT BUKU



Segelintir pendapat menyatakan kebimbangan untuk melibatkan diri di dalam sukan ragbi disebabkan oleh keganasan permainan ini. Namun begitu, adakah tanggapan ini boleh diterima oleh semua pihak? Bagaimana bagi orang yang berminat dengan sukan ini? Sebenarnya ragbi adalah sukan yang mementingkan kekuatan otot, tidak kira apa jua teknik yang dilakukan dalam sukan tersebut. Jika kita lihat sukan ragbi, teknik individu ataupun berpasukan serti 'tackling' terhadap pihak lawan, 'scrummage', 'ruck' atau 'maul' banyak menggunakan otot bahagian bahu iaitu otot trapezius untuk memenangi semua teknik tersebut. Siapa kuat, dia menang.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah.Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan,semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikanawal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainanini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yangtidak diingini berlaku.

No comments: